Monday 20 February 2012

Sampah ke Kulit pisang?

Suatu hari di sekolah, Ori berjalan menuju ke koridor kerana masa rehat hampir tamat. Ori membawa pisang untuk makanan waktu rehatnya. Diet lah sekali-sekala.

Dari jauh, Ori dah nampak pun tong sampah tetapi dia buat derk je!

Ori jalan melintasi tong sampah tadi dan mengoyak kulit pisang dengan rakusnya sebab dah lapar sangat.
Tanpa Ori sedari, Booku berjalan menuju ke arah Ori sambil bernyanyi kecil.

Selesai makan, Ori pun buang aje kulit pisang tadi di koridor dengan selamber dan hati keringnya itu. Booku pula memanggil-manggil Ori sambil berlari. Tanpa di sedari, Booku ingat kulit pisang tadi hanya sampah kering, last sekali, Booku jatuh terlentang. Ori pula menyesal dengan sikap pentingkan diri sendirinya itu.

*Moral, jadi perlulah kita menjaga kebersihan alam demi keselamatan orang lain dan diri sendiri. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG! Hehehe!

No comments:

Post a Comment